Friday, August 28, 2009

Bila Orang Bagi Makan...

Hello guys. Been a while tak post pape entry. Masih sempat lagi i nak wish Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam yang membaca blog yang best lagi cool ni *pendapat tuan tanah ye*


Fyi, skang tgh cuti sekolah kan? so tuan tanah dgn rasa bangga nak bitau yang tuan tanah juga tak keje for a week. Tuan tanah jugak amik kesempatan memenuhi invitation berbuka puasa dari a good friend of mine, well sisters actually. i dah anggap diorang mcm my sisters.


I had fun during the makan2 session. Kenal dengan kawan2 baru. Well biasa la, bila berkenalan dgn org2 baru ni semua tak caya profession tuan tanah. jangan kata org lain, tuan tanah pun masih tak caya dah sebulan bergelar pendidik. *winks* Anyway, mari layan gamba2 ini.






I really2 love both above pictures. sangat menarik. thanks to the photographer, Lisa Edora. Yang berbaju kurung hitam digamba bawah ni ye.


















Lepas sesi bukak pose, sempat lagi sesi minum2 di Darussalam kat SS15. Time ni klaka bila one of them abeskan roti bom tuan tanah. slamber? takpe la. kata nak kawan kan. sharing is caring.






Dalam masa yang sama, 3 hari berturut turut keluar melepak bersama Nadia, Hafiz, Syed, Karnain dan Erwan. Syed baru je balik semula ke Ukraine last Wednesday. We gonna miss u Syed. jangan lupa pinang aku okeh!




Bagaimana hari2 anda pula?

Monday, August 17, 2009

Tak Terduga Sudah

Minggu ni dah masuk minggu ke empat aku jd seorang cikgu di sebuah sekolah yang penuh nostalgia kenangan lama tapi agak menyakitkan hati. Hari ni saat melangkah kaki ke sekolah, aku rasa lain macam. JIWA KACAU! kalau bole nak chat ym je diam2, nak on fb diam2 and komen2 status org dgn geng gottagetget so IM SURE I WILL RASA SENANG HATI.


Siap dah mengadu dgn geng gottagetget yang hati ku kacau arini. tp ku gagahkan juga masuk kelas 2K5. Mengajar seperti biasa. Mereka sangatlah HYPERACTIVE. Ada yang banyak cakap, banyak jalan2, dan ada jugak yang banyak menipu!


Tapi hari ni aku dah takleh sabar dgn perangai yg SANGAT KURANG AJAR dan BIADAP sesetengah murid2 dlm kelas tu. NOT ALL ok. 3/4 of the class sangat la MACAM LAHANAD! Provokasi yang diorang tunjukkan tu membuatkan rasa marah meluap luap sampai aku rasa dah kena rasuk syaitan. Ikutkan hati, ikutkan perasaan mahu lunyai budak2 tu aku kerjakan. Well, if tak dpt physically, aku bole je guna mulut. Macam dulu2 bila gaduh dgn adik beradik. YES, aku mmg terkenal dgn CURSING. so PLEASE BEHAVE YOURSELF.


Rasa nya sampai nak menitiskan air mata bila diorang tak respect and tak takut pun pada cikgu yang ada depan kelas. Seluruh anggota badan ni menggigil menahan marah yang teramat. Jerit pekik cikgu ni diorang rasa mcm kemenangan pada diorang. TIADA LAGI istilah RESPECT YOUR TEACHER LIKE YOU RESPECT YOUR PARENTS.


And paling aku regret arini bila perkataan BODOH terkeluar dari mulut aku harini. Kalo bagi org yang mengenali aku, mesti sedia maklum betapa mudahnya aku nak curse other people. Tapi aku sedaya upaya control habit ni bila kat sekolah. Even kalau aku dgr student ckp bodoh, aku marah kan dia. Tapi arini terkuar jugak perkataan bodoh pd students. I really regret on that! Bukan apa, bila dah mula ckp bodoh, esok lusa perkataan apa pulak kuar dari mulut aku?




Honestly, kalau ada offer kerja yang better dan sesuai utk aku, aku takkan pilih option menjadi CIKGU. Tak pnah terlintas dan TAK PNAH MAHU menjadi cikgu. Sebab aku bukan org yg ada tahap kesabaran yang tinggi. Aku sangatlah pemarah, pendendam dan bermulut agak kurang ajar! Kesian pada budak2 yang mahu belajar. terbabit sama kena marah. I hate this part. when aku diduga sebegini rupa!

Thursday, August 13, 2009

How Lucky Are We?

Have u ever heard of Tourette Syndrome? Basically, Tourette syndrome is a condition that affects a person's central nervous system and causes tics. Tics are unwanted twitches, movements, or sounds that people make. To have Tourette syndrome, a person must have two tics that affect body movement and one that is a sound.


Well, this syndrome bukanlah one kind of decease or what not, ia seperti salah satu extra behaviour yang ada pada seseorang. Tak boleh di control dan lebih cuak/cemas seseorang yg ada tourette syndrome lebih kuat la bunyi2 yang bakal dihasilkan.


Korang paham ke? Ala dia mcm sedu. kita tak dpt control sedu kan? mcm tu la bunyi nya tapi kadang2 sampai tahap yg annoyed juga la. Tapi bila pk balik, mcm la org tu nak sgt ade syndrome ni.


Used to watch satu movie yg bercerita pasal a boy yg ade tourette syndrome berjaya jadi cikgu walaupun dengan kelemahan yang ada. bayangkan benda ni tak leh control, people will get annoyed easily. nak amik exam pun kesian pada org dekat2 sbb terganggu.


Beruntung nya saya hidup sihat, normal mcm org lain. I ada sorang student i yg ada syndrome ni. KESIAN! he cant even write or read dgn betul sbb benda tu keep happening. Bayangkan dalam ujian, murid2 lain annoyed dgn dia sbb dia mengeluarkan bunyi2 yg agak menganggu org lain. And bayangkan jugak betapa susahnya dia nak focus utk baca even satu perenggan ayat.


Skang, i bertekad utk cuba menjadi cikgu yang baik dan memahami anak-anak murid. For this special boy, dont worry uve got my attention.xoxo




Sekian ucapan patriotik kite pada malam ini.

Thursday, August 06, 2009

Malu Gila

Hello everyone. Meh nak citer satu incident berlaku 2-3 hari ni. Dimulakan dgn asal usul 5 jejaka. Few months ago, ada 5 jejaka pindah dan menyewa selang 2 pintu dari rumah saya. Abah saya yg lagaknya macam ketua kampung, pergi la berkenalan dengan mereka. Ye la, kena la kenal jiran tetangga kan? ha kalau korang nak tau 5 malay guys ni ada 5 motor and 5 kereta. Dah mcm kenduri plak kalo sume parking kete depan umah. hiks


Rupa2 nya turn out 5 jejaka ni are bachelor teachers. Menurut kata Abah diorang mengajar di sebuah sekolah di area rumah kami ni. (kat sini ade 2 skola and they are working in sekolah A). Fyi, saya tak pernah bertegur sapa dengan mereka. Kang bile senyum kata nak menggatal pulak kan. So selagi bole tanak terserempak sbb ade yg ngajar pagi ada yg petang.


Korang pun tau skang saya dah jadi kat sekolah R which is nearby our houses too. As usual, saya kua umah around 1245pm. So semalam start kete, panaskan engine then ternampak la one of cikgu kuar dr umah and start the moto. "oh nak g skola cikgu tu" kata saya dlm hati.


I pun terus drive ke sekolah and turn out dia pun masuk simpang yg sama and park his bike btol2 tepi i park my car. I tekejut! lagi terkejut bila dia bukak helmet and found out he is Cikgu A!!!!! (maap takleh la bitau nama dia) OMG! seminggu ni dia tak pnah tegur i. and turn out dia jiran saya? hadoi!


So hari ni im trying to be nice. senyum 2-3 kali bila terserempak. dia buat bodo je okeh. mcm la saya ni kecik bebenor sampai dia tak nampak kan? so give up. skali masa cikgu2 melepak sementara nak tunggu 640, cikgu2 sibuk nyanyi lagu rihanna umbrella dgn tujuan mengejek saya la kan. sekali dgr satu cikgu ni jerit "weh ella, ko duduk dkat dgn umah si A ye?!" Terkujat lagi saya. saya pandang si Cikgu A, tp dia wat tatau je. "sape ckp?" saya bertanya. cikgu tu pun jawab "si A la cakap nih"


SIOT! dia sedar rupanya kewujudan saya, saya sbg jiran, sbg teman sekerja bagai. tp bila saya senyum pasal tamau senyum balik? hello encik A, sedekah sket senyuman boleh? Saya dah relief kelas2 awak last week tau. awak sibuk g kursus, saya jaga kelas awak tau!


tatau nak komen apa. malu ada, segan ade. ye la, dia bukan kenal i as Teacher Nazla, tp kenal as jiran. saya pakai apa, kua kul bape, balik bile, forsure dia tau kan? haha kantoi la cikgu nazla idok la rupa cikgu bebenor kalo kat luo. haha






kalau Cikgu A baca ni, senyum la sikit pasni ;D

Sunday, August 02, 2009

5th Day Working

Hey guys! Hows ur weekend so far? Mine? So-so. Ada yang best, ada yang tak best. Tapi kan nak share something dgn korang.


Jumaat haritu I kene jaga satu kelas ni. Peralihan 1. Dlm tu semua student2 form 1 yang failed BM masa UPSR dulu. Oleh kerana cikgu diorang tak dtg, i kena la relief (kata pun budak baru masuk keje hiks).




So I checked la kat peta given by one of teacher kat sini. Sekali tgk, rupanya kelas P1 ni dulu kelas waktu i form 4. We used to call that area "New Zealand" due to environment. Dah la kelas papan je, pastu ade pokok besar dan rendang. Pastu ada tangki air which was tempat kami melepak dulu2.




Banyak gila kenangan kat sini. Lepak makan ice cream after waktu rehat kat bawah pokok. Bila waktu gap antara subject je lepak kat tepi tangki. Main kejar kawan sambil bawak penyapu, kacau kawan2 kat kelas papan lain or even cabut lari dari skola sebab blakang kelas papan ada pagar yg roboh. haha




Korang tanak caya ke? Pasal lepak kat sini la kami sume even pengawas kena tolak markah penalti. Sebab melepak di tangki. elehh mcm la kami nak mandi dlm tangki ni kan? ingat jugak kat tangki ni la one of our friend slalu jd mangsa sorang lg kwn yg berlagak mcm The Rock dlm WWF. haha comel! teringat gak sorang kawan buat aksi yg agak merbahaya kat sini.


Tak caya jugak? Ha kejap ye.




Tadaaa!! tgh ni Lobo buat aksi. Ada banyak lagi gamba kami kat tangki ni. tapi, tak berscan. nnt la i cuba scan gamba then i will post kat sini.


Rindu nye zaman sekolah *sigh*